Tiga ditembak mati larikan wang

SAO PAULO, 18 OKT – Tiga lelaki bersenjata mati ditembak selepas melarikan wang dari trak perisai di lapangan terbang Viracopos dan menculik seorang ibu bersama anak damitnya sebagai tebusan di rumah mereka, semalam.

Jurucakap polis memberitahu AFP, pertempuran antara tiga penyerang itu dengan pihak berkuasa tercetus di lapangan terbang berkenaan pada jam 10 pagi waktu tempatan. Dua daripadanya mati ditembak dan seorang anggota polis cedera.

Namun, seorang penyerang melarikan diri ke kawasan perumahan berhampiran dan menjadikan seorang wanita dan anak damitnya sebagai tebusan dalam kediaman mereka.

Laman web berita G1 melaporkan penyerang itu berjaya ditembak mati penembak hendap. Kejadian itu turut menyebabkan penerbangan ditangguhkan selama 20 minit.

Penyerang memasuki kawasan terminal kargo menggunakan dua trak pikap menyerupai kenderaan digunakan kakitangan syarikat penerbangan. – AFP