Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Tiga ditikam mati dalam kejadian amuk

    ARIEL, PALESTIN, 15 NOV – Tiga lelaki warga Israel maut dibunuh penyerang Palestin di Tebing Barat hari ini.

    Dua ditikam hingga mati manakala beberapa orang lain cedera, sebelum penyerang ditembak tentera Israel ketika melarikan diri dengan kereta curi.

    Kejadian amuk itu berlaku beberapa jam sebelum Israel menubuhkan parlimen baharu, dengan penggubal undang-undang berhaluan kanan dijangka menjadi anggota kabinet berikrar akan melancarkan tindakan keras atas keganasan itu.

    Tentera Israel melaporkan ‘serangan’ berlaku dekat Zon Industri Ariel di utara Tebing Barat.

    “Seorang lelaki tiba di pintu masuk zon dan menikam orang awam di kawasan itu,” menurut kenyataan dari tentera.

    Perkhidmatan perubatan kecemasan Israel, Magen David Adom berkata seorang lelaki berusia 35 tahun mati akibat luka tikaman sementara lelaki kedua, yang cedera parah, meninggal dunia di tempat kejadian. Dua orang lain mengalami luka serius.

    Penyerang seterusnya menuju ke “stesen minyak berhampiran dan menikam orang awam di sana,” kata tentera, mencuri sebuah kereta dan melarikan diri. Dia melanggar seorang lelaki berusia 50 tahun dan menikam seorang lagi di lebuh raya.

    Penyerang itu berjaya ‘dineutralkan’ oleh tentera Israel, menambah mereka telah melancarkan usaha memburu individu kedua yang disyaki terlibat.

    Kementerian kesihatan Palestin menamakan lelaki Palestin yang ditembak mati tentera Israel sebagai Mohammed Souf, 18, tanpa memberikan butir lanjut. – AFP

    Anggota keselamatan dan perubatan memeriksa kawasan serangan di Zon Industri Ariel di Tebing Barat kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...