Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

Tiga dos vaksin berkesan atasi Omicron

-

FRANKFURT, 8 DIS – Vaksin koronavirus yang dibangunkan bersama oleh BioNTech dan Pfizer ‘masih berkesan’ ke atas varian Omicron selepas tiga dos, kata syarikat dalam satu kenyataan hari ini.

Kajian makmal oleh syarikat mendapati vaksin ‘masih berkesan dalam mencegah COVID-19, juga ke atas Omicron, sekiranya ia diberikan tiga kali,’ namun mengingatkan ‘varian Omicron mungkin tidak dineutralkan secukupnya selepas dua dos.’

Menurut kajian, ‘dos ketiga memberikan tahap peneutralan antibodi yang sama dengan Omicron sebagaimana diperhatikan selepas dua dos’ untuk varian lain.

Pfizer dan BioNTech juga berkata versi vaksin anti-koronavirus khususnya Omicron, yang sedang dibangunkan oleh BioNTech sekarang, boleh diperoleh pada Mac.

“Walaupun dua dos vaksin masih mungkin menawarkan perlindungan ke atas penyakit serius berpunca daripada strain Omicron, adalah jelas daripada data awal berkenaan bahawa perlindungan semakin meningkat dengan dos ketiga vaksin kami,” kata ketua eksekutif Pfizer Albert Bourla dalam satu kenyataan.

Kajian baharu itu keluar selepas puluhan negara mengenakan semula sekatan sempadan dalam respons terhadap penularan varian virus baharu sekali gus menambah kemungkinan pelaksanaan semula sekatan ketat. Omicron setakat ini telah ditemui di 57 negara, kata WHO. Tidak ada kematian berkaitan varian itu telah dilaporkan.

Saintis dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan kerajaan Amerika Syarikat memberitahu AFP minggu ini bahawa varian Omicron nampaknya tidak menimbulkan penyakit lebih serius berbanding strain koronavirus lain tetapi berkata lebih banyak penyelidikan perlu dijalankan. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -