Tiga ‘dron bawa letupan’ digunakan dalam serangan di Baghdad

BAGHDAD, 10 JUN – ‘Dron yang membawa bahan letupan’ menjadi taktik terbaharu dalam serangan kelmarin ke atas lapangan terbang Baghdad, di mana askar Amerika Syarikat (AS) telah ditempatkan, kata tentera dalam satu kenyataan.

Ia mengatakan salah satu dron telah dipintas oleh pertahanan udara malam kelmarin, dalam serangan dron keempat kurang daripada dua bulan.

Pakar berkata penggunaan dron seumpamanya menandakan peningkatan dalam serangan ke atas kepenti-ngan Amerika oleh pasukan pro Iran yang menggunakan teknik pemberontak Huthi di Yaman ke atas pesaing serantau Tehran, Arab Saudi.

Serangan kelmarin itu adalah serangan pertama seumpamanya ke atas sasaran di bandar Iraq, bandar kedua paling ramai penduduknya di dunia Arab. – AFP