Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Tiga firma dedah pelan bina rangkaian 5G angkasa lepas

    PARIS, 11 JULAI – Thales, Qualcomm dan Ericsson hari ini mendedahkan rancangan yang membolehkan telefon pintar untuk berhubungan secara langsung menggunakan satelit, ‘rangkaian berpangkalan di angkasa’ dengan harapan akan menghubungkan kepada seluruh dunia.

    Tiga firma itu dijangka melancarkan ratusan satelit dengan kebolehan 5G untuk meliputi kawasan geografi yang ekstrem dan kawasan pendalaman menyeberang lautan.

    Pelan itu mungkin berpotensi menyingkirkan stesen pangkalan dan antena yang digunakan dalam rangkaian komunikasi bagi penghantaran dan penerimaan maklumat pada masa ini.

    Cadangan tersebut masih lagi berada di peringkat awal.

    Firma-firma tersebut berkata mereka telah menjalankan beberapa uji kaji dan simulasi serta kini akan meneroka kemungkinan dalam penggunaan teknologi itu.

    “Dengan hasil itu, ia bermakna telefon pintar 5G masa depan boleh menggunakan ketersambungan 5G di mana sahaja di muka bumi ini,” kata mereka dalam satu kenyataan.

    Antara faedahnya adalah keselamatan yang lebih baik, yang boleh digunakan dalam kerajaan-kerajaan.

    Mereka juga mencadangkan rangkaian berpangkalan di angkasa itu boleh digunakan sebagai bantuan semasa bencana ataupun ketika berlakunya bekalan tenaga terputus berskala besar yang menjejaskan rangkaian komunikasi. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga firma itu tidak menjangka untuk melaksanakannya dengan segera. – AFP

    Thales, Qualcomm dan Ericsson mendedahkan rancangan yang membolehkan telefon pintar untuk berhubungan secara langsung dengan satelit.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...