Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Tiga fokus tingkat tahap keselamatan ESSZone

    KOTA KINABALU, 7 JUN – Meningkatkan tahap penguatkuasaan dan operasi bersepadu, memperhebat risikan dan membina jalinan komuniti merupakan tiga fokus utama yang diberi perhatian bagi meningkatkan tahap keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) pada masa ini.

    Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), DCP Victor Sanjos berkata pihaknya sedang meningkatkan penguatkuasaan undang-undang terutama di kawasan perairan ESSZone yang menjadi aktiviti laluan kapal dan perikanan bagi memastikan kawasan itu kekal selamat.

    “Operasi bersepadu di laut dan darat juga kita teruskan. Saya juga berhasrat mengkaji dan akan berbincang dengan agensi dalam ESSCom di mana tempat paling strategik untuk kita letak agensi atau unit bagi kawalan supaya suatu kawasan itu kekal selamat,” kata Victor pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Komander ESSCom daripada DCP Mohd Ali Tamby kepada beliau di sini hari ini.

    Majlis itu disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali.

    Mohd Ali akan menjawat tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan berkuat kuasa 3 Julai ini, jawatan yang sebelum ini disandang Victor.

    Victor berkata pihaknya juga akan berusaha menerapkan penggunaan teknologi terkini antaranya teknologi dron serta kamera keselamatan bagi penguatkuasaan dan pelaksanaan aktiviti keselamatan dalam kawasan ESSZone. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...