Wednesday, December 7, 2022
31.3 C
Brunei

-

Tiga gol kejutkan Cheng Hoe

PETALING JAYA, 17 NOV – Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui belum pernah membimbing pasukan memenangi perlawanan dengan kesemua gol dijaringkan menerusi situasi ‘bola mati’ (gerak terancang).

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu berkata ketiga-tiga gol Selangor berpunca daripada sepakan sudut ketika menewaskan Terengganu FC 3-1 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia baru-baru ini, iaitu pertama kali berlaku dalam karier kejurulatihannya.

Cheng Hoe turut memuji Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi selepas pemain tengah berusia 21 tahun itu membuktikan kualitinya dalam membuat hantaran menerusi ketiga-tiga sepakan sudut diambil beliau pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu.

“Setakat ini, itulah kali pertama saya merasai suasana (kemenangan) dengan tiga gol datang dari sepakan sudut. Sudah tentu ia bukan nasib. Kita ada buat latihan dan saya begitu yakin dengan Mukhairi. Dia punya hantaran memang terbaik,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, di sini.

Pada aksi tersebut, Terengganu yang dibimbing Mohd Nafuzi Mohd Zain mengejutkan skuad Gergasi Merah selepas meledak gol pembukaan menerusi sepakan percuma ketua pasukan Tchetche Kipre pada minit ke-19. – Bernama

Herlison Caion De Souza Ferreira meraikan gol dalam perlawanan antara Selangor FC dan Terengganu FC, baru-baru ini. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penghormatan buat Jiang Zemin

BEIJING, 6 DIS – Siren kedengaran di seluruh China hari ini ketika Parti Komunis mengadakan perkabungan bekas pemimpin, Jiang Zemin, memberi penghormatan kepadanya sebagai...
- Advertisment -