Tiga kanak-kanak mati dibunuh singa

DAR ES SALAAM, 5 OGOS – Tiga orang kanak-kanak dibunuh oleh singa berhampiran taman hidupan liar Tanzania Ngorongoro yang terkenal di dunia ketika mereka mencari lembu yang hilang, kata polis hari ini.

Budak berusia di antara sembilan dan 11 tahun telah pulang dari sekolah semalam dan pergi ke hutan berhampiran Kawasan Pemuliharaan Ngorongoro untuk mencari haiwan yang hilang, kata ketua polis Arusha Justine Masejo.

“Pada masa itulah singa menyerang dan membunuh tiga kanak-kanak sementara mencederakan seorang lagi,” tambah beliau. Ngorongoro di utara Tanzania merupakan Tapak Warisan Dunia yang menjadi tempat tinggal kepada hidupan liar termasuk singa, cheetah dan harimau kumbang.

“Saya ingin menyeru komuniti nomad di sekitar kawasan simpanan supaya mengambil langkah berjaga-jaga terhadap haiwan ganas terutamanya apabila mereka menyuruh anak mereka menjaga haiwan ternakan. Ia akan membantu untuk melindungi kanak-kanak dan keluarga mereka,” kata Masejo. – AFP