Tiga keluarga hilang tempat tinggal, rumah musnah dalam kebakaran

NABAWAN, 7 JUN – Tiga keluarga hilang tempat tinggal selepas rumah yang didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kam-pung Simatuoh, dekat sini awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 5.15 pagi, sebelum lapan anggota dan satu jentera daripada Balai Bomba Penyelamat Sook digegaskan ke tempat kejadian yang terletak 80 kilometer dari balai berkenaan.

“Kebakaran melibatkan tiga rumah jenis tidak kekal dan telah menyebabkan enam orang daripada tiga keluarga hilang tempat tinggal,” menurut kenyataan itu, hari ini. – Bernama