NEW DELHI, 6 JAN – Bilangan kes Human Metapneumovirus (hMPV) di India meningkat kepada tiga hari ini, selepas satu lagi kes melibatkan anak damit berusia dua bulan dikesan di negeri barat Gujarat.
Terdahulu, dua kes telah disahkan di negeri selatan Karnataka, melibatkan anak damit perempuan berusia tiga bulan dan anak damit lelaki berusia lapan bulan.
Kes hMPV di Gujarat disahkan oleh Menteri Kesihatan negeri itu, Rushikesh Patel, yang memaklumkan bahawa anak damit berusia dua bulan itu baru sahaja tiba dari negeri jiran, Rajasthan.
Berikutan pengesanan tiga kes hMPV di negara itu, langkah-langkah kesiapsiagaan kesihatan telah dimulakan di ibu negara, Delhi. – Xinhua