Tiga korban dalam runtuhan bangunan

BEIJING, 20 Mei – Kira-kira tiga orang terbunuh manakala empat lagi terkubur dalam runtuhan sebuah bangunan di selatan China hari ini, kata pihak berkuasa.

Rangka besi di sekitar sebuah bar di bandar Baise di wilayah Guangxi runtuh sekitar jam 1 pagi, memerangkap atau mencederakan hampir 100 orang.

Kerajaan tempatan berkata dalam satu kenyataan dalam mikroblognya yang mengatakan 87 orang cedera. Para penyelamat menggunakan anjing penyelamat dan pemantau elektronik untuk mencari mangsa yang terselamat.

Bar tersebut terletak di tingkat atas bangunan tiga tingkat berangka besi.

China baru-baru ini mengalami siri bangunan runtuh dan kemalangan industri lain yang sebahagian besarnya disalahkan atas tidak mengendahkan peraturan keselamatan di tengah-tengah ekonomi lembap. – AP

Gambar yang diambil dari video menunjukkan para penyelamat mencari mangsa di tapak tempat binaan runtuh di Bandar Baise, Guangxi Zhuang, selatan China pada 20 Mei. – AP