Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga lagi kematian akibat A/H1N1-2009

    YANGON, 24 Ogos – Myanmar mencatatkan tiga lagi kematian akibat jangkitan influenza jenis A/H1N1-2009 sejak tiga hari lepas, menjadikan angka kematian setakat semalam seramai 33 orang, lapor agensi berita China Xinhua memetik sumber media tempatan hari ini.

    Lebih 300 orang disahkan dijangkiti virus berkenaan di seluruh negara sejak mula dikesan pada 21 Julai, daripada jumlah itu, 210 orang dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan.

    Virus berkenana turut menyebabkan harga pasaran ayam dan itik jatuh mendadak. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda