CARACAS, 25 April – Tiga orang terbunuh di Venezuela semalam dalam keganasan baru, yang menambah bilangan kematian kepada 24 orang dalam tempoh tiga minggu tunjuk perasaan besar-besaran membantah presiden berhaluan kiri, Presiden Nicolas Maduro, menurut para pegawai.
Beberapa orang lagi cedera parah dan ‘antara hidup dan mati’,” menurut pembela awam, Tarek William Saab.
Kematian terbaru itu berlaku pada hari penunjuk perasaan anti Maduro menyekat jalan-jalan raya utama di negara Amerika Selatan.
Dua buah lori kerajaan di timur Caracas dibakar di lebuh raya oleh para pembantah bertopeng yang mencurah minyak di jalan raya. Polis yang berada di tempat berhampiran tidak segera campur tangan, wartawan-wartawan AFP menyaksikan.
Di tempat di ibu negara, polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan lain para pembantah yang melontar batu ke arah mereka.
Bagaimanapun, majoriti penunjuk perasaan, yang bilangan mereka dalam beribu-ribu orang mengadakan perhimpunan secara aman.

Kembalinya keganasan di jalan-jalan Venezuela selepas reda pada hujung minggu pasti akan seterusnya menimbulkan kebimbangan antarabangsa akan negara itu, yang ekonominya yang gagal meskipun memiliki simpanan besar minyak.
Negara-negara Amerika Latin dan AS telah menyuarakan kebimbangan dengan kekacauan itu.
Penduduk berdepan kekurangan makanan, ubat dan bekalan asas. Rusuhan dan perampasan berlaku di beberapa tempat.
Parti pembangkang yang diketuai oleh pihak konservatif berkata ketidakcekapan kerajaan adalah yang dipersalahkan dan menggelar presiden yang dilantik diktator. Ia mahu pilihan raya awal. – AFP