Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tiga lari tinggalkan perahu, rokok

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Pemandu dan dua penumpang telah melarikan diri dan meninggalkan perahu mereka selepas berlaku insiden kejar-mengejar bersama keanggotaan Polis Marin, Jabatan Gerakan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di kawasan perairan Jambatan SHOAS, kelmarin.

    Pada awal kejadian, anggota polis yang menjalankan rondaan pencegahan jenayah telah mengesan sebuah perahu yang mencurigakan dan segera menghampiri perahu tersebut untuk membuat pemeriksaan.

    Bagaimanapun, suspek segera memecut perahunya dan berlakulah aksi kejar-mengejar, hingga suspek mengubah haluan untuk melarikan diri ke kawasan Kampung Sungai Bunga.

    Ketiga-tiga suspek kemudian melarikan diri dan meninggalkan perahu setibanya mereka di kawasan tebing sungai berkenaan.

    Pemeriksaan kemudian dijalankan ke atas perahu suspek dan telah menemukan beberapa bungkusan kotak yang disembunyikan di bawah kain kanvas dan pukat ikan dan disyaki mengandungi barang tegahan.

    Setelah diperiksa, anggota polis menemukan sebanyak 1,050 karton rokok.

    Kesemua barang bukti termasuk perahu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Marin untuk disiasat dan kes itu diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan lanjut.

    Dalam pada itu, PPDB akan terus meningkatkan lagi rondaan dan pemantauan dalam menangani apa juga aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk kegiatan penyeludupan dari semasa ke semasa khususnya di kawasan perairan Negara Brunei Darussalam.

    Sebanyak 1,050 karton rokok telah ditemui dalam sebuah perahu yang ditinggalkan selepas tiga suspek melarikan diri.
    Perahu yang ditinggalkan oleh suspek semasa rondaan Polis Marin di kawasan perairan Jambatan SHOAS, baru-baru ini.
    Antara barang tegahan yang dirampas semasa pemeriksaan berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...