Tuesday, November 28, 2023
25.3 C
Brunei

    -

    Tiga lebuh raya Vietnam bakal dinaik taraf

    HANOI, 3 OKT – Jabatan Jalan Raya Vietnam telah mencadangkan untuk menaik taraf dan mengubah suai tiga lebuh raya kebangsaan yang menghubungkan Vietnam dengan utara Laos dan selatan China bagi mengukuhkan hubungan di sepanjang Koridor Timur-Barat dan mempromosikan perdagangan rentas negara.

    Jika diluluskan, projek pengubahsuaian itu akan menggunakan pinjaman daripada Bank Dunia dan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun dari 2025 hingga 2029, lapor Vietnam News hari ini.

    Projek itu akan mempunyai jumlah pelaburan kira-kira 9.4 trilion dong Vietnam, bersamaan dengan kira-kira AS$340 juta, yang mana modal pinjaman Bank Dunia akan melebihi AS$315 juta.

    Lebuh raya kebangsaan yang akan dinaik taraf ialah Lebuhraya Kebangsaan 279, Lebuhraya Kebangsaan 4H dan Lebuhraya Kebangsaan 217 dengan panjang keseluruhan melebihi 180 km.

    Penambahbaikan dan inovasi itu dijangka meningkatkan kapasiti trafik, memenuhi keperluan pengangkutan yang semakin meningkat, dan memendekkan jarak antara pintu sempadan dan pelabuhan laut antara Vietnam, utara Laos dan selatan China.

    Ia juga akan mengurangkan masa pemanduan melalui jalan raya, yang akan membantu mengurangkan kos pengangkutan, pencemaran alam sekitar dan kemalangan jalan raya, menurut lembaga pengurusan projek itu. – Xinhua

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...