Tiga letupan kecil ‘sambut’ ketibaan Suu Kyi

YANGON, 19 DIS – Tiga letupan kecil berlaku di selatan bandar Rakhine, Myanmar hari ini sejurus selepas pemimpin awam Aung San Suu Kyi tiba di sana dalam lawatan luar biasa ke negeri yang dilanda konflik itu, kata pegawai tempatan.

Letupan itu berlaku di bandar sunyi Manaung di pulau luar pantai barat Myanmar di mana Suu Kyi dijangka merasmikan kilang tenaga solar.

“Berlaku tiga letupan namun tiada korban jiwa,” kata Win Myint jurucakap bagi kerajaan serantau Rakhine memberitahu AFP.

Menurutnya ia berlaku sebelum Suu Kyi tiba, namun disebabkan mereka berada di bandar lain acara itu diteruskan seperti dirancang dan pulang menaiki penerbangan dengan selamat ke Yangon.

“Insiden itu tidak pernah berlaku sebelumnya di Manaung.”

Belum ada kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab atas penanaman bom kecil yang diletupkan di tepi jalan, berpandukan gambar-gambar yang ditunjukkan media tempatan.

Lawatan itu merupakan perjalanan kali ketiga Suu Kyi ke Rakhine sejak krisis Rohingya meletus pada 2017. – AFP