Friday, March 24, 2023
23.9 C
Brunei

-

Tiga maut, 20 dikhuatiri terperangkap dalam tanah runtuh

SHIMLA, INDIA, 11 OGOS – Pekerja penyelamat telah memindahkan bertan-tan batu dan lumpur hari ini selepas tanah runtuh menimbus sebuah bas bersama sekitar 20 orang di dalamnya di utara Himalaya India, dengan tiga kematian disahkan setakat ini.

“Seramai 10 orang telah diselamatkan dari tapak itu dan dikejarkan ke kemudahan kesihatan tempatan. Semuanya ce-dera namun dalam keadaan baik selepas rawatan,” kata pegawai polis tempatan dari Himachal Pradesh bersempadan dengan Tibet memberitahu AFP.

“Kami telah diberitahu bahawa sekurang-kurangnya 20 hingga 22 orang dalam bas itu namun kami belum lagi menemui bas itu. Ia masih terkubur dalam runtuhan manakala batu masih lagi berguguran,” tambah pegawai.

Kenyataan dari Polis Sempadan Indo-Tibetan berkata tiga mayat telah dikeluarkan setakat ini.

Perdana Menteri Narendra Modi bercakap bersama ketua menteri kerajaan hari ini dan menawarkan sokongan kerajaan kebangsaan atas operasi menyelamat melibatkan polis sempadan tempatan dan yang lain.

Rangkaian televisyen menunjukkan imej trak dan kereta bertindih dan terkubur sebahagiannya dalam runtuhan serta bongkah batu dan pokok-pokok di jalan raya. – AFP

Kakitangan Indo Tibetan Border Police semasa operasi menyelamat di tapak runtuhan di Lebuh raya Reckong Peo-Shimla di Daerah Kinnaur. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -