Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Tiga maut, 6 cedera dalam serangan pisau

    BEIJING, 3 OGOS – Tiga terbunuh dan enam yang lain ce-dera hari ini susulan serangan menggunakan pisau di sebuah tadika swasta di wilayah Jiangxi, China, kata polis.

    Seorang ‘gengster memakai topi dan topeng’ meluru masuk ke tadika daerah Anfu sekitar jam 10 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan polis di Weibo, yang turut mengesahkan seorang suspek berusia 48 tahun masih bebas.

    “Semua agensi keselamatan awam sudah dikerahkan untuk memburu suspek,” kata polis lagi.

    Sebuah video yang dikongsikan akhbar milik kerajaan, Beijing Daily, menunjukkan seorang anggota polis mengendong seorang kanak-kanak kecil menuju ke ambulans. Bagaimanapun, usia mangsa tidak didedahkan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...