Tiga maut dalam kemalangan di ngarai

GENEVA, 13 OGOS – Tiga pelancong Sepanyol terbunuh dan yang keempat masih hilang selepas satu kemalangan di ngarai di Switzerland, kata polis hari ini.

Empat lelaki dilaporkan hilang selepas kejadian ribut petir semalam, kata polis St Gallen dalam satu kenyataan. Tiga ditemui mati pada malam. Kemalangan itu berlaku di gaung Parlitobel di Vattis, berhampiran sempadan timur Swiss.

“Ketiga-tiga lelaki yang terbunuh dan lelaki yang hilang adalah pelancong Sepanyol,” kata polis.

“Mereka mengadakan lawatan bersama ke ngarai di gaung Parlitobel dan mungkin terkejut dengan ribut yang berlaku.”

Beberapa pekerja menyelamat dihantar tetapi keadaan cuaca menghambat usaha mencari pada waktu malam. Mereka meneruskan operasi pada awal hari ini. – AFP