ABU DHABI, 17 JAN – Tiga orang terbunuh dalam serangan dron yang disyaki mencetuskan letupan dan kebakaran di Abu Dhabi hari ini, kata pegawai, ketika pemberontak Yaman mengumumkan operasi ketenteraan di Emiriah Arab Bersatu.
Dua warga India dan seorang warga Pakistan maut apabila tiga tangki petrol meletup berhampiran kemudahan penyimpanan syarikat gergasi minyak ADNOC, manakala kebakaran marak di kawasan pembinaan di lapangan terbang Abu Dhabi.
Polis berkata “benda terbang kecil” ditemui di kedua-dua tempat, menunjukkan jenis serangan yang disenga-jakan yang tidak pernah didengari di UAE yang kaya, sebuah tempat selamat yang terkenal di Timur Tengah yang bergolak.
“Siasatan awal menunjukkan pengesanan objek terbang kecil, mungkin milik dron, yang jatuh di dua kawasan itu dan mungkin menyebabkan letupan dan kebakaran,” kata polis dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa kejadian itu sedang dalam siasatan.
Pemberontak Huthi Yaman yang disokong dan Iran tidak mendakwa serangan itu. Tetapi jurucakap tentera Huthi mengumumkan “operasi ketenteraan” di UAE, rakan kongsi dalam pakatan prokerajaan Yaman, dalam apa yang akan menjadi peningkatan besar dalam perang tujuh tahun.
Yahya Saree membuat satu kenyataan di laman sosial Twitter bahawa angkatan bersenjata pemberontak telah berkata mereka akan “mengumumkan operasi ketenteraan penting di UAE dalam beberapa jam akan datang”.
Serangan dron adalah siri serangan Huthi ke atas Arab Saudi, sekutu UAE yang mengetuai pakatan yang berjuang untuk kerajaan Yaman dalam perang saudara yang hebat.
Pemberontak sebelum ini mengancam untuk menyasarkan Abu Dhabi dan Dubai, permata mahkota UAE yang berkilauan yang pada tahun lepas membuka loji tenaga nuklear pertamanya.
Kenyataan terbaharu Huthi dikeluarkan dua minggu selepas mereka merampas sebuah kapal berbendera UAE, Rwabee, di luar pantai Yaman, dan mengeluarkan rakaman yang kononnya menunjukkan peralatan ketenteraan di dalamnya.
UAE berkata Rwabee, yang 11 anak kapalnya kini dijadikan tebusan, adalah “kapal kargo awam” dan menggelar rampasan itu sebagai “pening-katan berbahaya” di laluan perkapalan Laut Merah yang sibuk.
Pemberontak kemudiannya menolak permintaan Majlis Keselamatan PBB untuk pembebasan segera kapal tersebut, mengatakan ia “tidak membawa mainan untuk kanak-kanak tetapi senjata untuk kumpulan pelampau.”
Konflik Yaman telah menjadi bencana bagi berjuta-juta rakyatnya yang telah meninggalkan rumah mereka, dengan ramai yang berada di ambang kebuluran, dalam apa yang disebut PBB sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia. – AFP