Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Tiga maut dron terhempas di Yaman

    SANAA, 24 MEI – Tiga maut manakala tiga lagi cedera selepas ‘dron pengintip’ yang didakwa milik Arab Saudi terhempas di jalan raya di Sanaa, ibu negara Yaman pada Isnin, lapor Xinhua, memetik TV al-Masirah kendalian Houthi.

    Dron itu terhempas di kawasan kejiranan yang padat penduduk, menyebabkan kematian dan kerosakan harta benda, menurut TV al-Masirah kendalian Houthi, memetik pihak berkuasa kesihatan tempatan.

    Militia Houthi mendakwa dron itu bertujuan untuk mengintip dan telah menembak jatuh dron milik pihak pakatan pimpinan Arab Saudi.

    “Tentera udara kami telah menembak jatuh dron itu. Perbuatan menggunakan dron dianggap sebagai melanggar gencatan senjata,” kata jurucakap tentera militia,Yehya Sarea.

    Setakat ini, pihak pakatan atau Kerajaan Yaman belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.

    Dalam tempoh dua minggu lepas, kumpulan Houthi mendakwa sudah menjatuhkan dua ‘dron pengintip’ di tengah-tengah gencatan senjata selama dua bulan bermula 2 April. – Bernama

    Orang ramai dan pegawai keselamatan mengerumuni bangkai dron yang dilaporkan ditembak jatuh di Sanaa pada 23 Mei 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...