Tiga maut insiden tembakan di Afghanistan

KABUL, 3 OKT – Tiga termasuk seorang wartawan terbunuh dalam satu kejadian tembakan di wilayah Nangarhar, timur Afghanistan, menurut sumber pihak berkuasa pada Ahad.

“Kejadian berlaku pada malam Sabtu ketika wartawan Sayyed Marof Saadat bersama anggota keluarganya menaiki sebuah kenderaan dan melalui sebatang jalan raya di Jalalabad sebelum lelaki bersenjata yang menaiki beca melepaskan tembakan ke arah mereka,” memetik sumber, lapor Xinhua. 

Anak lelaki Saadat dan pemandu kenderaan turut cedera. 

Sebuah kumpulan media bebas Afghanistan, Jawatankuasa Keselamatan Wartawan Afghanistan (AJSC) mengutuk kejadian itu. Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian itu setakat ini. Menurut sumber, pihak berkuasa Taliban sedang menyiasat kes berkenaan. – Bernama

Pejuang Taliban mengawal laluan masuk ke hospital yang merawat mangsa tembakan di Kabul. – AFP