Tiga maut kapal terkandas, kapten penyeludup didakwa

LOS ANGELES, 6 MEI – Sebuah mahkamah persekutuan di California kelmarin mengemukakan tuduhan terhadap seorang warganegara AS setelah kapal penyeludupan yang beliau pandu terkandas, mengorbankan tiga orang dan mencederakan 29 yang lain.

Kapal itu karam Ahad lalu, mereka cuba membawa pendatang memasuki Amerika Syarikat secara haram dari Mexico.

Warganegara AS, Antonio Hurtado berada di pengemudi kapal sepanjang 12 kaki ketika ia tenggelam, memaksa orang-orang yang berada di atas kapal untuk meninggalkan kapal dan melompat ke dalam air, menurut dokumen dari sebuah mahkamah di San Diego.

Hurtado menghadapi tuduhan bersalah kerana cuba membawa warga asing secara haram ke tanah AS dan menyerang ejen persekutuan semasa penangkapannya.

Tiga orang Mexico, dua lelaki berusia 29 dan 35 tahun, dan seorang wanita berusia 41 tahun terbunuh ketika kapal tersebut karam.

Hurtado dan 29 penghuni kapal lain dikejarkan ke sebuah hospital dan dua orang ditahan.

Menurut dokumen mahkamah, para pendatang mengatakan mereka membayar antara AS$15,000 hingga AS$18,000 untuk cuba menyelinap ke negara itu, dan mengenal pasti Hurtado sebagai kapten kapal. – AFP