Thursday, October 6, 2022
24.9 C
Brunei

Tiga maut pesawat kecil bertembung

-

LOS ANGELES, 18 SEPT – Tiga orang terbunuh apabila dua pesawat kecil bertembung di udara pada Sabtu di negeri Colorado Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa.

Menurut Pejabat Syerif daerah Boulder, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 8:54 pagi waktu tempatan.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS dalam hantaran Twitter mengesahkan ia sedang menyiasat pelanggaran di udara antara pesawat Cessna 172 dan pesawat Sonex Xenos berhampiran Longmont, Colorado, lapor Xinhua.

Pasukan bantuan menemukan dua lokasi kemalangan yang berasingan, kata Pejabat Syerif dalam satu kenyataan berita.

“Pesawat pertama yang terhempas ditemukan di blok 10,000 Niwot Rd di sebelah selatan. Dua orang yang berada di dalam pesawat itu terbunuh di tempat kejadian,” kata pejabat syerif.

“Pesawat kedua ditemukan di blok 9,700 Niwot Rd di sebelah utara,” dan seorang penumpang di dalamnya juga maut sebelum pasukan bantuan tiba di tempat kejadian, kata pejabat syerif.

Pegawai berkata punca nahas masih dalam siasatan. – Bernama

Salah sebuah kapal terbang terhempas kelihatan di Jalan Niwot di Longmont, Colorado pada 17 September. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hasrat rai majlis kahwin tak kesampaian

NEW DELHI, 5 OKT - Hasrat 25 individu yang ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum...
- Advertisment -