Tiga maut, puluhan cedera kereta api bertembung di Czech

PRAGUE, 4 OGOS – Tiga orang maut dan puluhan lagi cedera hari ini ketika dua kereta api bertembung di sebuah kampung di sebelah barat Republik Czech, menurut pegawai kereta api.

Ekspres Munich-ke-Prague, nombor Ex 351 milik firma Jerman, Die Laenderbahn, bertembung dengan kereta api serantau antara bandar-bandar Czech Plzen dan Domazlice, yang datang dari arah yang berlawanan.

Penyelamat mengatakan dua dari mereka yang maut adalah pemandu enjin Czech, seorang lagi pemandu enjin kereta api Jerman. Mangsa ketiga adalah penumpang wanita di kereta api serantau.

Beberapa warga asing dalam perjalanan dengan kereta api Jerman dan beberapa di antaranya mengalami cedera, lapor media tempatan.

“Malangnya, menurut maklumat terkini, pertembungan kereta api telah mengorbankan tiga orang dan menyebabkan puluhan orang cedera,” kata pengendali kereta api nasional, Sprava zeleznic di Twitter.

Dua buah kereta api bertembung berhampiran kampung Milavce di antara stesen Domazlice dan Blizejovn, Republik Czech, semalam. Tiga maut dan puluhan lagi cedera, menurut pegawai kereta api. – AFP

“Semua penumpang telah dipindahkan dari kereta api,” kata firma itu.

Polis nasional mengatakan setiap penumpang dihitung, sambil menambah bahawa kemalangan itu berlaku sejurus selepas pukul 8 pagi di Milavce. Sebelum itu, penyelamat mengatakan 31 orang yang nyawanya tidak dalam bahaya sedang dirawat dan tujuh yang lain berada dalam keadaan kritikal.

Menurut rakaman yang ditayangkan di televisyen awam Czech, salah satu bahagian kereta api Jerman benar-benar hancur, walaupun kedua-dua kereta api itu masih tegak.

Die Laenderbahn mengatakan dalam satu kenyataan bahawa “perjalanan kereta api di bahagian Czech adalah tanggungjawab CD”, syarikat kereta api Ceske drahy.

Menteri Pengangkutan Czech, Karel Havlicek mengatakan “Ex 351 tidak menghormati isyarat … dan merempuh kereta api serantau.

“Keadaannya serius,” kata Havlicek ketika meninjau ke tempat kejadian.

Perdana Menteri Republik Czech, Andrej Babis mengucapkan takziah kepada keluarga yang terkorban. Penting untuk menyelamatkan nyawa yang lain. Maka semuanya mesti disiasat.” – AFP