Tiga maut terperangkap dalam kereta

MAMOUDZOU, 12 DIS – Tiga kanak-kanak berusia empat tahun ditemui mati dalam kereta yang diletak di tepi jalan di pulau Lautan India Mayotte, kemungkinan besar disebabkan dehidrasi dalam cuaca panas, kata pejabat pendakwa hari ini.

Kanak-kanak berkenaan sedang bermain di jalan raya dalam masyarakat Combani di wilayah Perancis apabila mereka hilang pada pagi semalam.

Ibu bapa mereka menghubungi polis selepas mencari mereka selama beberapa jam, dan ketiga-tiga mereka ditemui mati tiga jam kemudian.

Mereka terkunci dalam sebuah kereta yang telah diletak di tepi jalan selama beberapa minggu, kata pejabat pendakwa.

Mekanisme kunci kanak-kanak dalam kereta telah diaktifkan, sekali gus memerangkap kanak-kanak di dalam. Tingkap yang bertinta menjadikan mereka sukar dikesan.

Masih tidak pasti bagaimana kanak-kanak berkenaan berada dalam kereta atau punca kematian mereka, namun penyiasat mengesyaki kekurangan air mungkin bertanggungjawab atas kematian, dengan Mayotte mengalami suhu lebih tinggi daripada biasa sekitar 35 darjah Celsius.

Pejabat pendakwa telah melancarkan siasatan. – AFP