Tiga mayat wartawan Ecuador ditemui

CALI, COLOMBIA, 26 Jun – Tiga mayat ditemui di dalam hutan di kawasan sempadan Khamis lalu disahkan sebagai wartawan dari Ecuador yang dibunuh selepas ditahan sebagai tebusan.

Barisan pendakwa Colombia dalam satu kenyataan semalam berkata, kesemua mayat itu disahkan sebagai jurugambar, Javier Ortega, 32, jurugambar Paul Rivas, 45 dan pemandu mereka, Efrain Segarra, 60.

Ketiga-tiga mangsa dilaporkan diculik pada 26 Mac lalu.

Menurut kenyataan kerajaan Co-lombia, mayat ketiga-tiga mangsa akan diserahkan kepada pihak berkuasa Ecuador yang sudah menguruskan pengangkutan udara dari Cali.

Kesemua mangsa yang bertugas dengan akhbar berpengaruh Ecuador, El Comercio diculik ketika membuat liputan mengenai keganasan di sepanjang kawasan terpencil sempadan. Kejadian itu menyebabkan pihak berkuasa kedua-dua negara mengerahkan pasukan keselamatan masing-masing untuk memburu penculik tersebut. – AFP