Sunday, November 27, 2022
22 C
Brunei

-

Tiga menang anugerah hadiah Nobel kimia

STOCKHOLM, 5 OKT – Tiga ahli kimia dari Amerika Syarikat (AS) dan Denmark, yang merupakan peneraju bentuk asas kimia yang lebih berfungsi di mana molekul-molekul dipecahkan, hari ini memenangi Anugerah Nobel Kimia.

Warga AS, Carolyn Bertozzi dan Barry Sharpless, bersama Morten Meldal dari Denmark, diberi penghormatan “untuk pembangunan ‘click chemistry’ dan kimia bioortogon,” kata juri.

Anugerah itu menandakan Hadiah Nobel kedua untuk Sharpless berusia 81 tahun, yang memenangi Nobel kimia pada tahun 2001.

Walau bagaimanapun, hanya empat individu lain telah mencapai kejayaan itu, termasuk wanita Perancis kelahiran Poland, Marie Curie.

‘Click Chemistry’ adalah “tindak balas kimia yang mudah dan cekap yang kini digunakan secara meluas,” kata juri dalam satu kenyataan.

“Antara kegunaan lain adalah dalam pembangunan farmaseutikal, untuk memetakan DNA dan mencipta bahan dengan tujuan yang lebih sesuai,” tambahnya.

Ketiga-tiga mereka akan berkongsi hadiah anugerah Nobel sebanyak AS$917,500, dan akan menerima hadiah daripada Raja Carl XVI Gustaf pada majlis rasmi di Stockholm pada 10 Disember, ulang tahun kematian 1896 saintis Alfred Nobel yang mencipta hadiah dalam wasiat terakhirnya.

Tahun lepas, akademi tersebut memberi penghormatan kepada Benjamin List dari Jerman dan David MacMillan kerana membangunkan alat tepat untuk pembinaan molekul.

Pada Isnin, Hadiah Perubatan diberikan kepada ahli paleogenetik Sweden, Svante Paabo untuk penemuannya mengenai genom hominin yang telah pupus dan evolusi manusia. – AFP

Gambar file menunjukkan Ahli Jawatankuasa Nobel semasa sidang akhbar untuk mengumumkan pemenang Hadiah Nobel 2022 dalam Kimia di Akademi Sains Diraja Sweden di Stockholm, 5 Oktober 2022. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -