Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga menang cabutan bertuah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Tiga pemenang bertuah telah terpilih untuk memenangi hadiah cabutan bulanan yang dianjurkan oleh Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dalam Kempen ‘Participate & Win Lucky Draw’ yang diumumkan semalam, yang menyasarkan produk dan perkhidmatan perbadanan berkenaan.

    Pemenangnya, Awang Muhammad Nikman Waie bin Abdullah Kwa, Dayang Siti Nur Saleha binti Damit dan Dayang Zuratul Amanee binti Haji Ahmad masing-masing menerima baucar bernilai $200, $150 dan $100.

    Hadir menyampaikan baucar tersebut kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Hajah Noorrafidah binti Haji Sulaiman.

    Kempen cabutan bertuah itu dibukakan kepada orang ramai dan berlangsung selama lima bulan sehingga 31 Oktober ini di mana tiga orang pemenang akan diumumkan pada setiap bulan dengan majlis penyampaian hadiah utama akan dilakukan pada penghujung kempen nanti. Sementara itu, para pemenang bulanan turut berpeluang menyertai cabutan hadiah utama nanti.

    Para pemenang bertuah bergambar ramai bersama Hajah Noorafidah dan kakitangan Perbadanan TAIB.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda