Tiga menang Royal Skies Miles

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Royal Skies dan Excapade, hari ini, telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang kempen yang diadakan
bersama QAF Auto.

Pada majlis yang berlangsung di Royal Brunei Airlines Plaza di ibu negara itu, Awang Ashraf bin Abdul Hamid memenangi 60,000 Royal Skies Miles, Awang Zulimin bin Haji Hitam menerima 40,000 Royal Skies Miles dan Chong Kian Voon memenangi 20,000 Royal Skies Miles.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), kempen itu adalah bagi ahli Royal Skies yang membeli kereta BMW atau MINI daripada QAF Auto bermula awal Disember 2019 hingga penghujung Januari lalu.

Mewakili RB semasa cabutan itu ialah Loyalty Controller, Dayang Aisah binti Haji Mirasan dan, QAF Auto diwakili oleh Pengurus Besar, Alisa Khoo.

Gambar ramai bersama para pemenang kempen berkenaan. – Gambar serahan RB