Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Tiga model GTS baharu diperkenal

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MEI – Porsche Brunei, yang diwakili oleh QAF Eurokars Sdn Bhd, telah memperkenalkan tiga model Gran Turismo Sport (GTS) iaitu Panamera GTS, 911 Targa 4 GTS dan Taycan GTS di Porsche Centre Brunei, hari ini.

    Semasa majlis memperkenalkan ketiga-tiga model tersebut, Pengurus Besar QAF Eurokars Sdn Bhd, Lahiru De Silva mengongsikan bahawa semangat mereka bagi kereta sport tiada tandingan dan akan terus berusaha ke arah menawarkan barisan kereta sport yang dinamik untuk semua penggemar kereta sport.

    “Model GTS dikagumi di Porsche, di mana ia menggabungkan prestasi tinggi dan kebolehgunaan praktikal serta ia dikenali kerana ciri-ciri rekaan sportif dan keunikannya,” tambah beliau.

    Selain itu, pengenalan model GTS terbaharu itu juga menandakan bermulanya perayaan sempena ulang tahun QAF Eurokars ke-25 tahun yang bakal menjelang tidak lama lagi.

    Sementara itu, model GTS menggabungkan prestasi, keselesaan dan stail dalam satu pakej, menjadikan rekaannya itu sebagai all-rounders dalam barisan model masing-masing.

    Lahiru De Silva memperkenalkan 911 Targa 4 GTS, kelmarin.
    Lahiru De Silva ketika berada dalam Taycan GTS yang diperkenalkan di Porsche Centre Brunei, kelmarin.

    Di samping itu juga, dengan elemen rekaan yang tersendiri di luar dan ruang dalaman kereta, ia membolehkan model-model GTS untuk tampil menarik.

    Model-model GTS juga mempunyai identiti yang tersendiri dalam dunia Porsche dengan warnanya yang menarik serta rekaan badannya yang sportif.

    Taycan GTS merupakan all-rounder sportif bagi barisan Taycan dengan kuasa 440 kW (598 PS) apabila menggunakan Launch Control serta berupaya untuk memecut daripada sifar sehingga 100kmsj dalam masa 3.7 saat dan berkelajuan maksimum 250kmsj.

    Sementara itu, Panamera GTS merupakan gabungan sport, keselesaan dan kemewahan yang sempurna di mana mengetengahkan prestasi sebuah kereta sport dengan keselesaan sebuah kereta salon mewah.

    Pada masa yang sama, enjin V8 biturbo dalam Panamera GTS dioptimumkan dengan tumpuan khusus kepada penyampaian kuasa di mana dengan 353 kW (480 PS dan 620 Nm tork, ia mampu untuk menjana 15 kW (20 PS) lebih banyak kuasa daripada model sebelumnya.

    Manakala itu, 911 Targa 4 GTS pula lebih tampak unik, dinamik dan berkuasa dengan 353 kW (480 PS) dan maksimum tork 570 Nm, prestasi Targa 4 GTS adalah lebih baik dari terdahulu.

    Selain daripada mempunyai sistem brek berprestasi tinggi serta GTS-Specific Suspension dengan Porsche Active Suspension Management (PA-SM), dinamik pemanduan juga dipertingkatkan dengan pakej lightweight design yang boleh didapatkan buat kali pertama pada sebuah kenderaan GTS di mana ia boleh menjimatkan sehingga 25 kilogram.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...