Tiga nelayan dikhuatiri hilang

BINTULU, 27 NOV – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) hari ini melancarkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) tiga nelayan yang hilang di perairan Bintulu sejak semalam.

Pengaran Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, Shamsuddin Dahlan, 52, Mohd Husaini Azman, 18, dan Mohd Syazwan Shamsuddin, 17, telah keluar ke laut dengan menggunakan sebuah bot pada pukul 3.00 pagi semalam untuk memancing ikan dan tidak pulang sehingga kini.

“Mangsa dipercayai hilang di sekitar perairan Beting Nyabau dan Beting Kidurong Bintulu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – Bernama