Tiga nelayan Palestin terbunuh

BANDAR GAZA, 7 MAC – Tiga nelayan Palestin terbunuh hari ini apabila bot mereka naiki meletup di luar pesisir Gaza di Lautan Mediteraanean, menurut kenyataan kesatuan nelayan, dengan punca letupan masih belum diketahui.

Tentera Israel berkata mereka ‘tidak bertanggungjawab ke atas insiden tersebut’.

“Menurut maklumat kami, punca letupan berlaku di Sempadan Gaza,” menurut tentera melalui Twitter.

Nizar Ayyash, ketua kesatuan perikanan Gaza, mengesahkan kematian yang berlaku 28 kilometer dari pantai Khan Yunis di selatan Gaza.

Ayyash berkata kematian berpunca dari ‘peluru yang tidak diketahui asal usulnya dan mengenai bot itu’.

September lalu, Hamas yang mengawal sempadan Semenanjung Gaza sejak 2007 dan kesatuan nelayan menyalahkan tentera Mesir atas kematian tiga orang di luar Gaza. Israel, yang mengenakan sekatan ke atas Gaza sejak 2007, berkata nelayan kadangkala menyembunyikan barang seludup.

Terletak di selatan Gaza ialah Semenanjung Sinai, di mana pihak keselamatan bertempur dengan pedagang rahsia dan kumpulan jihad. – AFP