Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga orang awam mati ditembak di Pattani

    PATTANI, 11 Jan – Tiga orang awam termasuk seorang warga emas berusia 73 tahun mati ditembak dalam sebuah rumah di Kampung Bendan Jambu, mukim Namdan di Tunyangdaen di wilayah bergolak Pattani, selatan Thailand.

    Ketua Polis Pattani Lt Jen Piyawat Chalermsri berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu kira-kira 7.40 malam semalam waktu tempatan.

    “Hasil siasatan menunjukkan empat lelaki bersenjata menunggang dua buah motosikal telah berhenti di hadapan rumah itu dan melepaskan tembakan terhadap mangsa,” katanya kepada pemberita hari ini.

    Mangsa dikenali sebagai Nasri Chekmaen, 32, Hasanah Hamad, 29, dan Yusuf Niklah, 73, kata beliau. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda