Wednesday, November 6, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga orang ditikam semasa Karnival Notting Hill

    LONDON, 26 OGOS – Tiga orang telah ditikam pada hari pertama Karnival Notting Hill, festival jalanan terbesar di Eropah, dengan seorang wanita berusia 32 tahun mengalami kecederaan yang ‘mengancam nyawa’, kata Perkhidmatan Polis Metropolitan (Met) London.

    Lebih daripada 1 juta orang dijangka menghadiri karnival itu, satu perayaan budaya Afro-Caribbean yang diadatkan setiap tahun di jalan-jalan kawasan kejiranan Notting Hill di barat London.

    Kira-kira 7,000 pegawai polis telah ditugaskan untuk acara itu, yang berakhir hari ini.

    Polis berkata mereka telah membuat 90 tangkapan kelmarin, termasuk 10 orang yang ditahan kerana menyerang pekerja kecemasan, 18 kerana memiliki senjata berbahaya dan empat kerana kesalahan seksual.

    “Ratusan ribu orang datang ke Karnival Notting Hill hari ini untuk menikmati perayaan yang hebat,” kata Met dalam satu kenyataan.

    “Malangnya, sebilangan kecil datang untuk melakukan jenayah dan terlibat dalam keganasan.” – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda