Tiga pam baharu dilancarkan

KOTA KINABALU, 10 Jun – Daerah Sipitang, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Sindumin, bakal mendapat tiga pam baharu bagi melancarkan pengagihan bekalan air terawat ke kediaman penduduk di daerah itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob yang juga Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah berkata bagaimanapun, tarikh pam berkenaan beroperasi belum ditetapkan.

“Untuk memperoleh tiga mesin atau pam itu sudah diuruskan, tetapi belum tahu bila akan sampai. Saya berharap dalam tempoh segera.

Bagaimanapun, perincian mengenai tiga pam itu akan dapat diketahui dalam minggu depan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – Bernama