Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Tiga pegawai kanan dilantik

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan pelantikan tiga pegawai kanan yang berkuat kuasa mulai 18 Julai.

    Para pegawai berkenaan adalah Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Haji Zakaria bin Haji Serudin telah dilantik menjadi setiausaha tetap (kebeliaan) di KKBS.

    Sementara itu, Jurukira Agung, Jabatan Perbendaharaan di Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), Hajah Chairani binti Haji Sulaiman telah dilantik menjadi timbalan setiausaha tetap (fiskal dan korporat) di MOFE.

    Manakala itu, Ketua Pusat Sokongan dan Tindakan Pelaburan Langsung Asing di Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB), Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim dilantik menjadi timbalan setiausaha tetap (perdagangan dan industri) di MOFE.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...