Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pelajar UNISSA sertai program JENESYS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghantar tiga orang pelajar untuk menyertai JENESYS Inbound Program: JENESYS2024 – JAPAN Students Conference mulai 14 hingga 21 Januari di bawah tajaan Kedutaan Besar Jepun di Brunei Darussalam.

    Antara tujuan program ialah untuk mempertingkatkan persefahaman antara pihak Jepun dan dalam kalangan negara-negara Asia-Pasifik.

    Selain itu, program tersebut juga dapat menggalakkan persefahaman dalam aspek ekonomi, masyarakat, sejarah, kepelbagaian budaya, politik dan hubungan diplomatik Jepun dalam kalangan pelajar.

    Awang Muhamad Kamal Shukri bin Mohamad Kamal dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam; Dayang A’isyah binti Muhamad Yusop dan Dayang Ayeesatul Aliah binti Haji Ali Asgar dari Fakulti Undang-undang Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan terlibat dalam program berkenaan untuk mendalami pengetahuan mereka tentang hubungan antara Jepun dan rantau ASEAN.

    Mereka juga akan turut sama dalam membincangkan topik yang berkaitan iaitu Education and Cultural Preservation, Energy and Climate Change dan Maritime Security and Rule of Law.

    Sesi bergambar ramai sebelum pelajar-pelajar UNISSA yang terlibat berlepas untuk menyertai program tersebut. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda