Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Promosi ‘Made for the Long Drive’ selama dua bulan GHK Motors Sdn Bhd yang bermula dari bulan Jun hingga Julai membolehkan para peminat kereta Mitsubishi yang membeli model Mirage dan Attrage membawa pulang ganjaran yang menarik.
Pelanggan yang membeli mana-mana model berkenaan semasa tempoh promosi berkenaan, secara automatik layak menyertai cabutan bertuah bulanan dengan hadiah berupa wang tunai $500 untuk pemenang utama, $300 untuk pemenang kedua dan $200 untuk pemenang ketiga.
Dalam cabutan yang disempurnakan oleh Pengarah GHK Motors, Jake Goh semalam, Awang Abdul Hali bin Haji Ismail yang membeli Mitsubishi Attrage bulan lepas, telah dipilih sebagai pemenang utama.
Acara yang berlangsung di Bilik Pameran Mitsubishi di Beribi semalam juga menyaksikan Hajah Salbiah binti Haji Rahim mendapat tempat kedua dan Haji Antin bin Matzain mendapat tempat ketiga selepas cabutan disempurnakan masing-masing oleh Pengurus Besar, Au Thien Kiong dan Pengurus Jualan, Pengiran Halaluddin bin Pengiran Dato Shariffuddin.
Pelanggan-pelanggan yang membeli kereta Mitsubishi Mirage dan Attrage juga menerima baucar minyak sebanyak $100, promosi pakej Aero dan baucar membeli-belah bernilai $500.
