BRISBANE, 6 SEPT – Tiga orang pelaut dari Rusia dan Perancis berjaya diselamatkan hari ini selepas katamaran kembung yang cuba mereka navigasi dari Vanuatu ke Australia diserang oleh jerung, menurut pihak berkuasa.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia berkata mereka memberikan respons isyarat daripada saur kecemasan kira-kira pukul 1:30 pagi.
Apabila penyelamat tiba di tempat kejadian lebih 800 kilometer ke timur pantai Australia di Lautan Karang, mereka mendapati kedua-dua bahagian kapal yang berukuran 9 meter yang telah rosak akibat beberapa serangan jerung.
Agensi itu meminta bantuan sebuah kapal yang mengibarkan bendera Panama, ‘Dugong Ace’ yang membawa kenderaan, dan berjaya melaksanakan usaha menyelamat dan membawa dua orang warga Rusia dan seorang warga Perancis. Sebuah pesawat penyelamat diterbangkan ke tempat kejadian.
“Ketiga-tiga orang mangsa tersebut gembira kerana telah diselamatkan, dan mereka dalam keadaan sihat,” kata Joe Zeller, pengurus bertugas di agensi pusat bertindak Canberra.
Lelaki-lelaki tersebut, yang berusia antara 28 dan 64, dijangka tiba di bandar Australia, Brisbane esok. – AP
