Tiga pemain Cagliari positif

ROM, 20 OGOS – Kelab Serie A, Cagliari mendedahkan semalam bahawa tiga pemainnya telah disahkan positif COVID-19, setelah hanya sebulan sebelum awal musim baharu liga Itali kembali.

Para pemain itu ialah Filip Bradaric, Luca Ceppitelli dan Alberto Cerri.

Satu kenyataan Cagliari mengatakan ketiga-tiga mereka berada dalam kuarantin seperti juga dua pemain lain yang telah berhubung rapat dengan mereka. Kelab Sardinia akan meneruskan latihan pra-musim hari ini.

Cagliari telah mengumumkan pada awal minggu lalu bahawa pemain mereka yang lain, penyerang Kiril Despodov, juga disahkan positif telah melakukan pengasingan diri di negaranya Bulgaria.

Dia tidak memiliki sebarang simptom. Sementara itu, penjaga gawang Roma Antonio Mirante juga mengumumkan bahawa dia disahkan positif virus itu.

“Saya baik-baik saja, saya tidak mempunyai simptom gejala virus,” katanya dalam video yang disiarkan di akaun Instagramnya.

Musim Serie A 2020-21 dijadualkan bermula pada 19 September. – AFP