Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pemenang kempen cabutan bertuah Takaful terima hadiah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Kumpulan pertama pemenang cabutan bertuah daripada Kempen Cabutan Bertuah Ulang Tahun ke-25 Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd yang dilancarkan pada 7 Mei lalu telah menerima hadiah masing-masing, hari ini.

    Penyampaian hadiah kepada tiga pemenang pertama pada majlis yang diadakan di Bangunan Dar Takaful IBB Utama di ibu negara telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Urusan Takaful Brunei Darussalam, Haji Shahrildin bin Pehin Dato Haji Jaya.

    Juga hadir ialah Ketua Jabatan bagi At-Taqwa Travel Tours, Dayangku Sabtuyah binti Pengiran Abdul Rahman.

    Para pemenang cabutan pertama memenangi TV Pintar Aifa 43″, iPad dan hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang yang dimenangi oleh Dayangku Fatimah binti Pengiran Haji Ali.

    Para pemenang Kempen Cabutan Bertuah Ulang Tahun ke-25 Syarikat Takaful Brunei Darussalam menerima hadiah masing-masing.

    Mengulas mengenai kemena-ngannya, Dayangku Fatimah telah melahirkan rasa penghargaan dan syukur kepada Allah SWT. Menurutnya, ia merupakan kali pertama beliau memenangi cabutan bertuah dan secara kebetulan beliau juga telah merancang untuk mengerjakan umrah.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, para pelanggan Takaful Brunei masih berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bagi cabutan kedua antara 1 Ogos hingga 31 Oktober dan cabutan akhir antara 1 November 2018 dan 31 Januari 2019.

    Kempen berkenaan dibukakan kepada para pelanggan produk Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) dan Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK) yang dilanggan menerusi mana-mana cawangan dan kaunter Takaful Brunei, ejen-ejen yang disahkan atau menerusi Pusat Panggilan TBA.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda