Saturday, January 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pemenang mingguan Promosi Sungkai Ramadan dipilih

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Awang Raja Saiful berjaya membawa pulang hadiah berupa baucar penginapan dua hari satu malam di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong selepas terpilih sebagai pemenang pertama cabutan bertuah Promosi Sungkai Ramadan Restoran Coffee House Rizqun.

    Manakala itu, pemenang kedua dan ketiga iaitu Haji Yussof dan Ellice Ramantan, masing-masing membawa pulang hadiah berupa baucar bufet makan malam dan baucar makan tengah hari untuk dua orang.

    Cabutan bagi memilih para pelanggan bertuah tersebut telah dibuat oleh para pelanggan semasa berbuka puasa di restoran tersebut.

    Cabutan bertuah akan diteruskan lagi sehingga akhir bulan Ramadan ini, di mana cabutan akhir akan dilakukan oleh pihak pengurusan Hotel Antarabangsa Rizqun dengan seorang daripada pemenang akan memenangi tiket umrah untuk dua orang.

    Sepanjang Ramadan ini juga, restoran itu tidak ketinggalan menawarkan promosi berbuka puasa dengan menyediakan pelbagai jenis hidangan dalam bufet Ramadan Kareem dan dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan daripada kumpulan tausyeh Brunei.

    Setiap pembayaran, para pelanggan akan secara automatik mengikuti cabutan mingguan Rizqun Coffee House yang mana cabutan akan dibuat pada Sabtu selepas berbuka puasa.

    Salah seorang pelanggan yang berbuka puasa di Restoran Coffee House Rizqun membuat cabutan bagi memilih pelanggan bertuah yang memenangi hadiah dalam cabutan mingguan bagi Promosi Sungkai Ramadan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda