Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga penasihat baharu kerajaan sementara Bangladesh angkat sumpah

    DHAKA, 11 NOV – Seramai tiga lagi penasihat kerajaan sementara Bangladesh mengangkat sumpah pada Ahad, lapor Xinhua.

    Presiden Mohammed Shahabuddin menyempurnakan upacara angkat sumpah di Istana Presiden di Dhaka.

    Penasihat baharu itu ialah Mahfuj Alam, pembantu khas kepada penasihat utama Muhammad Yunus, ahli perniagaan Sheikh Bashir Uddin, dan pengarah filem terkenal Mostofa Sarwar Farooki.

    Dengan upacara pelantikan baharu ini, jumlah penasihat dalam kerajaan sementara Bangladesh meningkat kepada 24 orang.

    Kerajaan sementara yang dipimpin oleh Muhammad Yunus mengangkat sumpah pada 8 Ogos selepas kejatuhan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Sheikh Hasina pada 5 Ogos. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda