Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan

    MANILA, 7 NOV – Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya berasingan di wilayah Batangas, selatan Manila, pada hujung minggu, menurut laporan sebuah akhbar tempatan kelmarin. Memetik laporan polis, Philippine Daily Inquirer berkata seorang lelaki berusia 40 tahun maut selepas kenderaannya bertembung dengan motosikal lain pada petang Ahad di bandar Nasugbu.

    Satu lagi tragedi berlaku apabila seorang lelaki berusia 52 tahun yang menunggang motosikal bertembung dengan sebuah kereta utiliti sukan (SUV) yang datang dari arah bertentangan di bandar Laurel pada Ahad lalu. Mangsa ketiga ialah penunggang beca berusia 19 tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di bandar Lobo.

    Basikal beroda tiga merupakan mod pengangkutan awam dan persendirian yang biasa digunakan di Filipina. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...