Tiga perkara utama jadi tumpuan EPL

LONDON, 24 JAN – Liverpool mengambil satu lagi langkah untuk mendekati gelaran sebagai juara liga pertama selepas tiga dekad apabila jaringan lewat kemenangan semalam menentang Wolves, manakala musim Manchester United semakin tenggelam apabila mereka ditumpaskan oleh Burnley.

Di sini disenaraikan tiga perkara yang menjadi tumpuan selepas pusingan pertengahan aksi Liga Perdana.

Liverpool semakin menghampiri kejuaraan

Kemenangan 14 kali berturut-turut buat Liverpool di Liga Perdana selepas berjaya menum-paskan Wolves semalam menjauhkan jarak jurang di kedudukan teratas tanpa tekanan.

Selepas mendahului perlawanan di awal babak pertama perlawanan menerusi jaringan ketua pasukan mereka, Jordan Henderson, namun Liverpool kehilangan bintang mereka Sadio Mane akibat kecederaan dan Liverpool buat pertama kali berjaya dibolosi setelah lapan perlawanan liga apabila Raul Jimenez menjaringkan gol buat tuan rumah menerusi hantaran lintang rakannya, Adama Traore.

Penjaga gawang nombor satu Liverpool Alisson Becker kemudiannya terpaksa membuat dua lagi tangkapan penting dan menyelamatkan pasukannya dari percubaan Jimenez dan Traore, tetapi jaringan gol di minit akhir perlawanan telah menjadi.

Reaksi para pemain Liverpool ketika meraikan jaringan gol semasa perlawanan di Liga Perdana Inggeris. – Agensi

Salah satu keunggulan pasukan itu ialah mereka semakin menghampiri kejuaraan liga pertama sejak 30 tahun.

Apabila pasukannya memerlukan jaringan dan momen penting bintang Brazil Roberto Firmino itu menyudahkan dengan jaringan kemenangan untuk menjarakkan lagi jurang mata kedudukan de-ngan 16 mata dari tempat kedua Manchester City serta Liverpool masih berbaki satu perlawanan.

“Anda hanya perlu mencari jalan untuk menang dan mempunyai seseorang yang mampu mengubah keputusan yang sempurna dan itu adalah Bobby lagi,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Solskjaer dibelenggu kekalahan

Selepas kekalahan 2-0 baru-baru ini menentang Burnley, Ole Gunnar Solskjaer menghadapi kesukaran demi mengekalkan masa depannya sebagai pengurus Manchester United.

Walaupun beberapa keputusan mencadangkan pemilik kelab United keluarga Glazer tetap menyokong Solskjaer, wajarlah untuk memikirkan berapa lama pengurus itu harus kekal jika tidak ada peningkatan.

Solskjaer terkelu ketika pasukannya United tewas buat pertama kali menentang pasukan Burnley yang hanya pernah menang terakhir sekali di Old Trafford pada tahun 1962 dan terdapat peminat sudah mula bersetuju untuk membuang pengurus itu dalam masa terdekat.

United telah membuat permulaan terburuk untuk musim ini sejak 1989-90 dan melepaskan peluang untuk mendapatkan tempat keempat liga yang diduduki oleh Chelsea dengan hanya perbezaan enam mata, memberi tekanan lagi buat Solskjaer memerlukan beberapa kejayaan Piala bermula minggu depan di perlawanan Piala FA.

Jika mereka terus berdepan kekalahan pada perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Tranmere, ia akan menjadi satu lagi tekanan bagi Solskjaer, terutamanya perlawanan yang sukar lagi di semifinal Piala Liga yang akan berdepan dengan Manchester City.

Arsenal cukup kental

Arsenal masih berada 10 mata daripada tempat empat teratas dan berada di kedudukan ke-10 dan kini hanya memenangi hanya satu perlawanan daripada lima perlawanan liga di bawah pimpinan Mikel Arteta dan pemain Sepanyol mempamerkan aksi yang cukup membanggakan setelah seri 2-2 menentang Chelsea.

Kelemahan pemain pertahanan Gunners itu sepatutnya membebankan mereka apabila David Luiz dilayangkan kad merah di Stamford Bridge dan beberapa minit kemudian Arsenal ketinggalan jaringan apabila penalti Jorginho berjaya masuk ke gawang Arsenal. Tetapi untuk sebuah kelab yang dikutuk kerana tidak ada semangat perjuangan beberapa dekad yang lalu, mereka menunjukkan peningkatan yang mengagumkan.

Arsenal dengan 10 pemain itu kembali bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Gabriel Martinelli, pemain berusia 18 tahun yang menjadi pemain harapan masa depan kelab untuk Arsenal. – AFP