Tiga pesakit koronavirus maut dalam kebakaran

SOFIA, 14 NOV – Tiga pesakit maut dalam kebakaran yang berlaku awal hari ini di wad koronavirus di sebuah hospital di barat data Bulgaria, menurut kenyataan perkhidmatan penyelamat.

Tiga pesakit lelaki, masing-masing berusia 66, 70 dan 81, kesemua dijangkiti COVID-19 dan maut di aras empat hospital di bandar Sliven, menurut ketua perkhidmatan penyelamat tempatan, Vladimir Demirev, memberitahu televisyen Bulgaria.

Enam pesakit lain di wad bersebelahan telah dipindahkan.

Kejadian berlaku ketika negara ahli EU menuju pilihan raya buat kali ketiga tahun ini hari ini di tengah-tengah gelombang COVID-19 di negara itu.

“Berkemungkinan punca kebakaran adalah daripada rokok yang dinyalakan oleh salah seorang pesakit,” menurut kenyataan kementerian kesihatan Bulgaria.

Hospital di Bulgaria, kebanyakannya kurang penyelenggaraan, dan ketika ini dibebani oleh jumlah pesakit yang dijangkiti koronavirus.

Dengan hanya lebih 23 peratus daripada keseluruhan 6.9 juta penduduk yang lengkap menerima vaksin, Bulgaria mencatatkan kadar vaksinasi terendah di seluruh Kesatuan Eropah. – AFP