Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Tiga pesakit positif COVID meninggal dunia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Tiga kes yang disahkan positif COVID di Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia dalam masa 24 jam yang lalu.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan bahawa dua kes daripadanya dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID yang mana satu kes tidak melengkapkan vaksinasi COVID dan satu kes lagi belum mendapatkan dos ketiga.

    “Sementara itu, satu kes tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID,” tambah beliau semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Di kesempatan itu, Yang Berhormat Dato mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendiang.

    “Semoga keluarga mendiang diberikan kesabaran dalam menghadapi pemergiannya dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin. Al-Fatihah,” beliau mendoakan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...