Tiga produk baharu Beko dilancarkan

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Jenama Beko yang sudah tidak asing di negara ini, telah melancarkan tiga produk baharu mereka hari ini pada Pesta Pengguna ke-21 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Ia adalah sebagai usaha untuk memperkembangkan lagi jenama unggul dapur ke jenama rumah dengan membawa kemudahan teknologi yang terkini kepada para pelanggan.

Menurut Eksekutif Perkembangan Pasaran bagi Akira Corporation Pte Ltd, Elaine Ooi ketika ditemui oleh Media Permata menjelaskan produk baharu tersebut adalah Smart Espresso Machine, Beko Vacuum Blender dan SteamXtra Iron.

Produk yang ditawarkan pada pesta pengguna kali ini menampilkan ciri-ciri khas yang sesuai dengan fungsinya bagi kegunaan para pelanggan yang meminati jenama ini.

Oleh itu, orang ramai adalah dijemput untuk melihat secara lebih dekat produk berkenaan pada pesta pengguna yang berlangsung hingga hujung minggu ini.

Antara barangan baharu jenama Beko yang dipromosikan pada masa ini.
Pasukan Beko bergambar ramai semasa Pesta Pengguna ke-21.