Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga sekolah sertai rentas desa

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    SERIA, 20 Jan – Lebih 100 orang pelajar dari tiga buah sekolah, Sekolah Panaga, Sekolah Hornbill dan Sekolah Antarabangsa Brunei  (ISB) telah menyertai acara Larian Rentas Desa anjuran Sekolah Panaga, di sini, hari ini.

    Guru Latihan Jasmani, Sekolah Panaga, Nathan Edwards memberitahu Media Permata, ini adalah kali kedua sekolah berkenaan menjadi tuan rumah bagi acara berkenaan yang antara lain bertujuan mempromosikan cara hidup sihat dan sukan yang mencergaskan serta memberikan keseronokan kepada pelajar.

    Menurutnya, larian tersebut dibahagikan kepada empat kategori iaitu bagi Pelajar-pelajar Tahun 7 Berusia 12 Tahun larian sejauh 3.6 kilometer; Kategori Pelajar Tahun 6 Berusia 11 Tahun larian sejauh 3 kilometer; Pelajar Tahun 5 Berusia 10 Tahun sejauh 2.7 kilometer dan Pelajar Tahun 4 Berusia 9 Tahun larian sejauh 2.4 kilometer bermula dari Padang Kelab Panaga, mengelilingi jalan kecil dan kemudiannya ke kawasan pantai dan kembali semula ke padang.

    Beliau berkata, Sekolah Panaga juga telah mengundang dua buah sekolah antarabangsa serta sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta di daerah ini untuk mengambil bahagian.

    Lebih 100 orang pelajar daripada Sekolah Panaga, Sekolah Hornbill dan Sekolah Antarabangsa Brunei menyertai acara Larian Rentas Desa diadakan di Padang Kelab Panaga.
    Lebih 100 orang pelajar daripada Sekolah Panaga, Sekolah Hornbill dan Sekolah Antarabangsa Brunei menyertai acara Larian Rentas Desa diadakan di Padang Kelab Panaga.

    Bagaimanapun menurutnya, tahun ini tiada penyertaan dari sekolah-sekolah kerajaan serta berharap pada tahun depan sekolah-sekolah tersebut akan dapat ikut serta bagi menceriakan lagi suasana aktiviti sukan sihat itu dan boleh mengeratkan persahabatan antara pelajar-pelajar daripada sekolah-sekolah yang berlainan di sini.

    “Dalam usaha memastikan pelajar-pelajar sekolah kami sentiasa sihat dan cergas, latihan Larian Rentas Desa juga kami adakan setiap hari Selasa dan Jumaat bermula daripada pukul 6:30 pagi dan latihan tersebut juga turut melibatkan penyertaan guru-guru dan ibu bapa pelajar,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda